Sunday, May 31, 2015

Sepuluh Tahun

Seorang manusia yang aku kenal lebih dari separuh umurku sendiri.

Seorang ke utara.
Seorang ke selatan.
Berjumpa di pertengahan.

"Boleh janji dengan saya?"
"Janji apa?"
"Janji kita tetap jadi kawan?"
"Saya janji kita kawan sampai mati."

Maka putuslah hubungan antara dua rakan.

Selamat hari putus kita yang kesepuluh tahun, kawan!

31 Mei 2005.

Monday, March 2, 2015

The Chambers: The Moment of Truth

The moment of truth. 

One will be entering office and get shock with what he receive.

Oh gosh! I'm feeling nervous.

Please, please, please don't get dump!

Life is about taking risks!

Sunday, March 1, 2015

The Chambers: Friendship Level

The Chambers, friendship level update:

#1 A year
#2 Two years
#3 Fourteen years
#4 Six months

All are passed, up to this level. I've decided since past few weeks, make a clear cut, and now feeling nervous for not knowing one's reaction tomorrow. May Allah ease my intention.

Tidurlah kalian dengan tenang sehingga kita tahu keputusannya, esok hari.


The Chambers: Empat Kubah

Kalau perlu bicara tentang keputusannya,
hati yang berempat kubah ini masih buntu,
tidak diketahui siapa yang paling dimahunya,
sampai cukup masa kita bicara tentang cinta,
soalan masih berteka-teki tiada jawapan,
hati masih dihitung, ditimbal akal fikiran.

Saturday, February 28, 2015

#Eleventh

Less than a year now,
Better take some risks,
Or else you never know,
Moving on, so brisk!

Cerita Pendek: Tidur Selepas Subuh


Lepas baca, gua pun buat rumusan sendiri.

Tidur selepas Subuh, penyakit:

1. Budak asrama - qada' tidur, penat belajar
2. Budak band - qada' tidur, baru habis jamming dan lepak mamak
3. Budak universiti - qada' tidur, kalau tak sebab assignment mesti FYP
4. Orang bekerja - qada' tidur, malam ada kelas jadi tertidur time kerja!

Macam cakap dengan diri sendiri. Pergh!

Cerita Pendek: Terpesong

Gua ingat gua dah lambat. Masuk kelas 10.30, bolehlah buat selamba macam biasa. Biar lambat asal masuk mesti bergaya. Rupanya kelas start pukul 11. Tak pernah gua datang awal melainkan lambat belaka. Kahkah!

Habis kelas gua pi lepak food court Perdanasiswa dengan partner gua semester lepas, Aini Aziz, baru hari ni gua nampak dia kat kelas tapi dia datang tadi lagi lambat. Hahaha! Tapi section close katanya. Maka, memandangkan kedai kebab je yang bukak kita makan jelah beef shawarma ni. Aini Aziz cakap nak pi library, Izzah Aziz cakap nak pi Midvalley. Maka, berpisahlah keduanya.

Sebab gua dok layan member gua wassap pasal adalah someone tu kahwin. Lepas tu dia hantar pulak gambar kahwin di mana gua boleh nampak kewujudan seorang makhluk Tuhan berpakaian baju Melayu biru cair, segak seperti warna langsir masjid. Gua tak perasan gua dah ternaik LRT Universiti, bukan bas RapidKL nak ke Midvalley. Terpesong terus perjalanan gua hari ni. Makanya, gua pun turun di stesen LRT Pasar Seni berlagak macam tourist jejalan kat KL. Gua sebenarnya nak pi usha Dataran Underground tapi gua tak tau kat mana lokasinya. Gua dok pusing-pusing tak nampak apa. Lepas tu gua rasa nak jalan-jalan kat Masjid Jamek pulak.

Gua tiba-tiba teringat nak kena transfer duit dari akaun Maybank ke akaun CIMB sebab gua nak bayar yuran study. Semua ATM machine penuh beb. Gua lalu Sogo, adalah ramai jugak orang so gua pun ingat Maju Junction mungkin kurang sikit kot. Tapi bila gua sampai je, satu ATM pun takde! Magik! Gua pun teruskan berjalan sampai satu kedai buku ni gua dok belek-belek buku lastnya gua beli Roswell High, 5 in 1 punya series. Gila remaja gua masa series ni keluar TV dulu! Gua dah penat sebenarnya so nak tak nak gua patah balik Sogo, beratur dengan penuh hemah lepas tu pergi transfer je duit ke CDM CIMB di bangunan sebelah.

Phew~ Jauh jugak gua menapak hari ni.