Wednesday, September 10, 2014

Sebulan

Sebulan yang lepas
Aku nampak kau dan kawan-kawan
Itu pun kita jumpa di rumah kawan kita juga
Terdetik dalam hati "oh, dia nampak macam artis"
Tapi tak ada sekali pun kau nak ajak borak
Dan aku pun tak ada rasa nak ambil tahu lebih

Dua minggu yang lepas
Kawan kita kata ada kawan mahu berkenalan
Aku berteka-teki siapa orangnya
Dia sibuk hantar teks dan bila dia emailkan gambar kau
Aku kata dalam hati "oh, dia inilah yang nampak macam artis!"
Terus dia beri nombor telefon aku pada kau

Seminggu yang lepas
Masih tertunggu-tunggu juga kalau ada kiriman teks
Rasa ingin tahu kenapa semakin lama semakin menebal
Jadi aku mulakan dulu mahu tahu apa reaksi kau
Kau cuma minta maaf dan kata kau jarang berada dalam talian
Aku cuma mampu kata "ah tak apa"

Isnin yang lepas
Kau cakap terima kasih sebab beri hadiah pada kau
Itu pun aku berikan pada kawan kita
Tapi kau tetap minta maaf sebab tak berada dalam talian
Aku kata "ini hal kecil tak perlu minta maaf"
Terus tiada apa lagi mahu dibalas

Dan sehingga hari ini
Kau masih lagi kawan kepada kawan
Kawan alam maya yang jarang berada dalam talian
Kawan yang aku tak pernah dengar suara dan berkenalan
Kawan yang cuma buat aku terus tertanya-tanya
Kenapa kita terus berkawan hingga sebulan?

No comments:

Post a Comment