Friday, October 24, 2014

Mangsa - Pemangsa

Direntap-rentapnya jiwa,
Ditoreh-torehnya luka,
"Hentikan!" teriak Si Mangsa.

Digapainya sosok itu yang kian lunyai berdarah sana sini,
Parah benar nampaknya adegan aksi dua manusiawi,
Mahu ditolong atau berdiam diri? Duga aku sendiri.

"Kau harus mampus!" bentak Si Pemangsa,
"Perempuan sundal macam kau tak layak untuk hidup! Tak layak untuk cinta!"
"Aku mahu simpan kau lagi untuk apa?"

Aku diam, pasang telinga.

No comments:

Post a Comment