Sejujurnya otak aku masih lagi kosong tanpa sebarang input. Aku harap aku boleh menulis dengan lancar seperti mana bila aku disuruh untuk membuat konklusi selama 5 minit tanpa ada sebarang rujukan tentang tajuk esei yang aku pilih; How are the Post-modernist perspectives on Science different from the Modernist? Critically discuss the strength and weakness of both positions. Hasilnya tidaklah sehebat mana bila aku langsung tak ingat satu apa yang aku baca sekilas lalu. Seminit dua aku diam di hadapan kelas sambil memegang mikrofon. Menggigil teruk aku dengan suara yang terketar-ketar tak tahu mahu mulakan di mana. Aku cuba bertenang, tarik nafas dalam-dalam, kemudian dengan perlahan aku mula bertutur semula sambil memejam mata. Bukan saja memberikan maksud kepada dua kategori perspektif ini dan contoh para ahli falsafah tetapi aku dengan terus menerus bercerita tentang liberalisme dan agama dengan ya, masih menutup mata. Kemudian bercakap seorang diri memandang lantai sambil menggerak-gerakkan tangan seakan-akan senaman tai chi. Entah kenapa pula bahagian ini yang aku ingat dengan jelas secara tiba-tiba. Boleh pulak bercakap melebihi 5 minit untuk bahagian konklusi. Padahal, liberalisme ini cuma sedikit sahaja dalam sesi pembentangan tajuk. Mungkin ada yang tertanya buku apa sebenarnya yang aku baca agaknya. Selain dari nota-nota dan buku-buku falsafah dari pensyarah aku yang bergelar professor, aku cuma berpandu kepada Kitab Hitam iaitu sebuah kalam. Aku masih lagi belum sempat mencari masa untuk mengkhatamkan buku tulisan Ahmed Deedat berkenaan isu Kristian-Islam yang masih cantik dengan balutan plastik di atas rak buku. Dengan membebel di laman blog ini, aku cuma mampu berharap ingatan aku tidak kosong dan aku mampu menulis esei untuk subjek yang paling susah semester ini keesokkan hari.
InsyaAllah. Doakan sama ya?
No comments:
Post a Comment