Sunday, November 30, 2014

#Fourteen

Every time,
When the date is 30th of the month,
The same ritual will be done,
Write a poem, counting days,
And wait.

November 30, 2014.

Type

I honestly don't have a type.
If I like you, then I like you.

June 17, 2013.


Thursday, November 27, 2014

Subjek

"Izzah ambik berapa subjek sem ni?"
"Adalah."
"Tiga?"
"Tak."
"Empat ke?"
"Taklah."
"Takkan lima kot?"
"Lima." =D

Wednesday, November 26, 2014

Tuesday, November 25, 2014

F.U.N.N.Y!

Funny how a new staff called me at 7.06 am and 7.26 am just to informed that she will be late. I haven't reached office yet, was ironing my shirt! Why don't you reported straight away to the Finance Manager since the position that you applied for is Account Executive? And I really don't know why we should have an Account Executive when the company is already have the Finance Manager? Why never asked the receptionist to assist in accounting? Well I did that before tho I'm doing administrative. And until now the company never hire someone to assist me on tenders. The fact that I'm the one and only admin left for this company is just a full time master student. I'm curious enough when I found that the Account Executive who is only a diploma holder and still haven't completed her degree starting salary was RM2.8K, back then when she just graduated. REALLY? I don't think so. Most of my friend said usually they will become an Account Assistant first. And she managed to bargain now to start at RM3.8K. She only have diploma with 5 years experience but her salary is wayyyyy more than what I get.

Here come the stupid question why I still not resigned off. Will you pay my study loan???

My mom will be retired in 6 more months and I'm going to take care things in my family. I better be ready! Phew~

Kelakar

Tak tau nak rasa kelakar ke tak bila staf baru ni tanya,

"Izzah, you tak ada kerja ke?"
"Saya dah siap buat kerja saya"
"Kalau you nak buat assignment you buat kat office ke?"
"Saya tengah buatlah ni"
"Oh, habis kalau you nak print nota macam mana?"
"Saya print jelah kat office"

***

Lupa. Dia pun belajar lagi.

Monday, November 24, 2014

Opah dan Konvo

Saya sangat kagum dan bangga dengan Opah Hajjah Mariah yang hadir dalam setiap satu konvo para cucunya.

2011, enam dari dua puluh orang cucu Opah tamat belajar. Beliau tekad menghadiri kesemua majlis konvo bermula dari konvo saya seterusnya diikuti dengan yang lain.

Ditakdirkan hari kejadian adalah jatuh pada hari Sabtu, sesi pertama, 8.30 pagi. Selepas Subuh kami terus bertolak ke kampus, risau kalau tak ada parking atau dapat parking jauh. Yalah, kaki Opah pun bukan kuat mana. Kesian dengan Mak dan Opah sebab tak sempat nak sarapan dah kena masuk dewan. Kesian sebab kena berlapar tunggu sesi kami habis dalam pukul 2 petang. Walaupun dah tak larat tapi semangatnya kuat! Pergi surau pun masih nak kayuh basikal.

Ada rezeki Ija konvo lagi sekali, Opah datang lagi ya?

‪#CucuKetiga

Sunday, November 23, 2014

Saturday, November 22, 2014

Lazy Sunday

Reviewing life.
Having breakfast. 
Thinking deep.
Building courage.

***
While listening to Talking Dreams Deluxe Album by Echosmith.

Sunday, November 23, 2014, 10.42 am.

Friday, November 21, 2014

Thursday, November 20, 2014

One

As the heart has four chambers,
One need to be close,
One have to let go,
One is still remain silent,
One, I really don't know what's inside his mind.

Maybe I should find the right one.

Monday, November 17, 2014

Segumpal Daging Bernama Hati

Ku coretkan sebuah cerita di sini,
Tentang segumpal daging bernama hati,
Walau parah terkoyak rabak macam nak mati,
Bangkitnya dia bersama jantung kembali mengepam nadi.


Sunday, November 16, 2014

Wings

If you could untie your wings
and free your soul of jealousy,
you and everyone around you
would fly up like doves.

~ Rumi

***

Was a Raven.
Now an Eagle.
Fly up high.
Life goes on.

Saturday, November 15, 2014

Chambers

An engineer, an accountant, a business student, or a designer?

***
Since heart has four chambers. 
Only one of them will make it. 
Or else none. 
And maybe next time.

Wednesday, November 12, 2014

Rezeki

Alhamdulillah. Peluang demi peluang diberikan kepada saya dari beberapa orang yang mengenali saya, staf-staf lama yang tahu bagaimana cara saya bekerja tapi saya juga perlu hormat kepada majikan saya yang telah memberikan saya peluang bekerja untuk mereka walaupun mereka tahu saya adalah pelajar sepenuh masa. Mungkin ada orang akan kata bodohlah saya kalau menolak tawaran begini. Saya berani tolak sebab saya kini seorang pekerja tetap, saya masih lagi belajar, dan yang paling penting sebab Mak saya yang suruh saya tolak. Secara peribadinya, saya terpaksa menolak tawaran yang datang kali ini atas alasan notis pendek. Saya percaya pada rezeki Allah dan ini mungkin bukan rezeki saya dan saya sangat berharap rakan saya terpilih untuk mengisi jawatan tersebut. InsyaAllah, peluang lain akan datang lagi. Amin. =)

Tuesday, November 11, 2014

STS vs PHP

What other's think we learn:
Science, Technology and Sustainability.

What we actually learnt:
Policy, History and Philosophy.

‪#‎STS‬
‪#‎PostGrad‬
‪#‎FacultyOfScience‬

Monday, November 10, 2014

Tiga Bulan: Kewujudan

Aku tersenyum melihat gambar yang kamu baru saja muatnaik ke laman Twitter. Sahabat aku kata muka kamu sama macam aku, lihat saja saiz badan kita pun kelihatan sama; kurus tinggi. Dulunya aku sedikit yakin kalau perasaan kita juga sama tapi kini aku lebih yakin bahawa kamu sudah ada yang lain. Kecewa, ya sedikit kecewa kerana aku belum sempat mengenali kamu seperti yang lainnya. Atas alasan ini ia mungkin menimbulkan rasa tidak adil untuk menolak kewujudan kamu secara penuh. Jadi sedikit harapan itu mungkin masih ada. Tak banyak, sedikit saja.

Jika tiga bulan yang lepas ialah hari pertama kita bersua muka dan terputus hubungan begitu saja mungkin aku tak terasa kepedihan di jiwa. Tapi dua bulan yang lepas kamu yang mulakan perkenalan senyap tapi kemudian kamu lenyap. Jadi dua bulan ini aku cuma bazirkan masa lapangku dia antara waktu bekerja dan belajar, siang dan malam menjadi pembaca setia garis masa kamu di Twitter. Pedih, ya sedikit pedih kerana aku boleh melihat betapa aktifnya kamu di laman tersebut. Beginilah saudara, biarkan aku putuskan cerita. Jikalau sekali lagi kita bersua muka, aku sendiri yang akan sudahkan apa yang kamu mulakan.

Boleh ya, saudara?

Pending~

Pending assignment/task for this week:

Tuesday - Article group presentation
Wednesday - Class
Thursday - Critics initial proposal presentation
Friday - Article group presentation, essay submission and individual essay presentation
Saturday - Science Shop proposal submission

‪#‎STS‬
‪#‎PostGrade‬
‪#‎facultyOfScience‬

Sunday, November 9, 2014

Single?

Are you a single girl?

Trust me, it's a bless for not having a boyfriend, seriously.

Looking forward for January for a good news! Or else it might be on June. =)


Friday, November 7, 2014

Pergi - Balik

Dari Publika Solaris ke Solaris Mont Kiara.

Pergi, jalan kaki dengan panas terik.
Balik, naik teksi dengan hujan lebat.

Masuk office dengan baju basah memang tak kachak!

Thursday, November 6, 2014

Wednesday, November 5, 2014

Aliran

Dulu; saya pelajar sains tulen sampai degree.
Sekarang; saya pelajar master sains sosial.
Dulu dan sekarang; jiwa tetap sastera!

***
Tak kisah pun kalau aliran sains atau sastera, rezeki bukan di tangan manusia.
Lebih epik bila yang tak belajar tinggi lebih berjaya. Memang sentap!


Tuesday, November 4, 2014

Bengang; Alasan Di Sebaliknya

Seorang Izzah memang berhak untuk bengang pada hari kejadian tersebut. Ini berikutan nasib malang yang menimpa beliau, seperti biasa bukan sekali dua tapi bertimpa-timpa sehingga terduduk di tangga. Kronologi malang seorang Izzah pada hari kejadian adalah seperti berikut:

  1. Terlepas KTM yang terawal dua minit dari waktu kebiasaan, jadi beliau mengambil keputusan untuk menaiki bas dan turun di kota raya Kuala Lumpur
  2. Disebabkan sudah berada di Kuala Lumpur, maka beliau pun mendaftar kad Touch 'N Go pelajar di Stesen LRT Pasar Seni dan dikenakan yuran sebanyak RM110 dan terpaksa mengambil gambar dengan memakai baju kurung moden berwarna merah
  3. Sedar sudah terlewat mahu ke kelas, beliau terus menaiki LRT dari stesen tersebut hingga ke LRT Universiti, maka ditakdirkan hujan pun turun dengan lebatnya
  4. Dengan gigih beliau menunggu bas T632 yang memasuki UM kerana khuatir jika menaiki teksi dalam keadaan begitu akan dikenakan tambang yang mahal, maklumlah jalan di kawasan tersebut asal hujan memang confirm jammed dan banjir
  5. Walaupun agak hairan dengan langit yang terang namun masih mampu memuntahkan hujan yang lebat, beliau terus berlari ke arah Fakulti Sains dengan keadaan basah kuyup
  6. Sebaik sampai di bilik kuliah, beliau mendapati pintu grill dikunci dan bermanggakan stainless steel 
  7. Beliau agak yakin bahawa kelas pada hari itu habis agak awal, maklumlah orang selalu masuk kelas lambatlah katakan, beliau mengambil keputusan untuk berehat sebentar di surau sambil menunggu hujan reda
  8. Hujan yang sedari tadinya mulai berintik-rintik kini mulai melebatkan diri. Beliau tiada pilihan lain, maka berlarilah beliau meredah hujan sekali lagi
  9. Beliau mula menghantar teks mesej kepada rakan-rakan beliau, memaklumkan bahawa beliau akan sampai lewat di LRT Universiti akibat hujan lebat. Kesemua rakan beliau sudahpun sampai terlebih dahulu
***
Will be continue


Monday, November 3, 2014

Tanggal Tiga, Purnama Kelapan

"Izzah dah berapa lama kerja kat sini?" tanya kakak Secretary.

"Aaa...7 bulan lebih. Eh, tak! 8 bulan. Hari ni, 8 bulan," jawab seorang Izzah.

"Dah 8 bulan kerja pun lupa. Hahaha! Tinggal kat mana?" tanya kakak Secretary lagi.

"Saya tinggal kat sini. Kat taman depan tu (konon lokasi dirahsiakan).

"Oh, dekatnya. Akak keluar rumah awal takut jalan jammed," sambungnya lagi.

"Saya datang kerja jalan kaki," balas Izzah, sambung buat kerja sendiri. 

***
Sejujurnya, aku menghitung hari-hari bila aku boleh berhenti setiap kali datangnya tanggal tiga, seperti hari ini.

Sunday, November 2, 2014

Jatuh dan Bangkit

Dari saat setiap kejatuhan,
Bangkit berkali walau ditolak bertubi,
Sampai bila mahu bergaduh, bermusuhan?
Ayuh, bangsaku. Kuatkanlah kaki kita berdiri.

Saturday, November 1, 2014

Bengang

Kalau ada, cakap ada. Kalau tak ada, cakap jelah tak ada. Kenapa nak bagi orang berteka-teki sendiri? Kau tengah main game ke kau tengah gamekan orang?

My time is fixed. Work, study and music, less time for myself since I finished high school. If I can managed to slot you in my hectic schedule, please please and please APPRECIATE IT! Don't act and assume like other people is so free to entertain you. I better get some sleep or do my assignments rather than waste my time with you.

And what is the point for having a SMARTPHONE if you don't know how to use it? Just send me a simple text to notify and inform kalau tak campak longkang jelah!

So chicken. So meh. So boo!~

November

And remember,
Today is already November.