- Terlepas KTM yang terawal dua minit dari waktu kebiasaan, jadi beliau mengambil keputusan untuk menaiki bas dan turun di kota raya Kuala Lumpur
- Disebabkan sudah berada di Kuala Lumpur, maka beliau pun mendaftar kad Touch 'N Go pelajar di Stesen LRT Pasar Seni dan dikenakan yuran sebanyak RM110 dan terpaksa mengambil gambar dengan memakai baju kurung moden berwarna merah
- Sedar sudah terlewat mahu ke kelas, beliau terus menaiki LRT dari stesen tersebut hingga ke LRT Universiti, maka ditakdirkan hujan pun turun dengan lebatnya
- Dengan gigih beliau menunggu bas T632 yang memasuki UM kerana khuatir jika menaiki teksi dalam keadaan begitu akan dikenakan tambang yang mahal, maklumlah jalan di kawasan tersebut asal hujan memang confirm jammed dan banjir
- Walaupun agak hairan dengan langit yang terang namun masih mampu memuntahkan hujan yang lebat, beliau terus berlari ke arah Fakulti Sains dengan keadaan basah kuyup
- Sebaik sampai di bilik kuliah, beliau mendapati pintu grill dikunci dan bermanggakan stainless steel
- Beliau agak yakin bahawa kelas pada hari itu habis agak awal, maklumlah orang selalu masuk kelas lambatlah katakan, beliau mengambil keputusan untuk berehat sebentar di surau sambil menunggu hujan reda
- Hujan yang sedari tadinya mulai berintik-rintik kini mulai melebatkan diri. Beliau tiada pilihan lain, maka berlarilah beliau meredah hujan sekali lagi
- Beliau mula menghantar teks mesej kepada rakan-rakan beliau, memaklumkan bahawa beliau akan sampai lewat di LRT Universiti akibat hujan lebat. Kesemua rakan beliau sudahpun sampai terlebih dahulu
Will be continue
No comments:
Post a Comment