Thursday, January 22, 2015

Beburung Biru

Siapa kamu di balik kawanan beburung biru?
Kamu, yang akan menjadi pembaca senyapku.
Sepertimana aku pernah lakukan perkara sama ke salah satu hatiku.
Senyap! Tanpa dia sedar akan kewujudanku.

Namun kini, kamu pelontar kata indah manis bak madu.
Yang masih lagi berselindung di balik kawanan beburung biru.
Mahukah kamu berjumpa aku dan terangkan satu persatu.
Tentang pengalaman indah dan lagu-lagu kegemaran kamu?

Mahu kau duduk di sisi, menemani aku?

2 comments: