Monday, February 16, 2015

Cerita Pendek: Gua Okay!

Gua okay! Hari tu gua tak sengaja nangis depan orang ramai. Malulah gua buat perangai budak-budak. Gua kan kachak! Mana boleh gua nangis rata-rata. Hari tu memang gua tak sengaja. Biasalah tengah kena syndrome full moon. Kena pulak salah timing. Gua teremosi kejap. Uncle tertouch soft spot gua. Siot! Hahaha! Gua okay! Selalu gua buat muka ketat, hati kering je tapi hari tu je gua terbabas. Hahaha! Gua okay! Gua okay! Trimas lah kat korang yang jumpa gua, jadi shoulder to cry on kata omputeh. Gua dapat jumpa semua ex-member kat playground gua. Tak sangka gila! Hahaha! Walaupun takde orang nak kawan dengan gua lepas tu, gua masih okay! Walaupun gua dapat news Isnin pagi yang akak receptionist dah selamat bersalin hari Ahad pukul 8 lebih malam, tu pun by operation dan yang jugak bermaksud gua kena cover front desk lagi. Percayalah, gua okay! 

No comments:

Post a Comment