Wednesday, February 11, 2015

Kotak Sembunyi

Pulangnya dari ganggang,
Air mata yang jatuh diseka,
Mahu lari sehelai sepinggang,
Dari terus hidup terseksa.

Sakit hatinya rapuh,
Teratak kecilnya retak,
Lunyai jiwa yang lumpuh,
Dalam ruang hitam kotak.

Ayuh! Larilah laju lagi,
Mungkin ini yang terakhir kali,
Usah difikir siapa mencari,
Kini diam dalam sembunyi.

2 comments: