"Resesif, atau dalam bahasa Inggeris disebut recessive," katanya perlahan.
Dia terus membelek buku Biologi Tingkatan 5 keluaran Pelangi, sebuah syarikat penerbitan buku-buku sekolah yang terkenal di tanah air.
"Gen resesif ialah gen yang hanya dapat mempamerkan ciri yang dikawalnya apabila gen berkenaan tidak berpasangan dengan gen dominan, tetapi berpasangan dengan satu lagi gen resesif," sambungnya lagi.
Dia kelihatan agak tekun kali ini apabila menyelak bahagian yang terpampang gambaran eksperiman Gregor Mendel, seorang paderi yang terkenal dengan Hukum Mendel dalam subjek Genetik.
*****
Bersambung...
No comments:
Post a Comment